Keranamu Hujan~
Saturday 20 October 2012 | 05:12 | 0 comments
Kenapa dengan hujan? Ni yang nak diceritakan. Jumaat lalu rumah aku diland banjir yang tak lah sedasyat mana pun. Itulah pengalaman pertama kali rumah aku dimasuki air banjir. Mana tak masuk rumah pun sebelah sungai. Kira-kira dalam pukul 4 petang tu hujan memang tak berhenti-henti turun membasahi bumi. Kawasan perumahan jiran aku ni sibuk dok usha-usha air sungai. Bukan nak berjiwang tapi nak pastikan paras air sampai mana masa ke semasa.
Sedar tak sedar ada orang jerit "BANJIR !!" aku dengan mak aku pun pergilah usha kat luar. Aku tengok air sungai dah melimpah keluar sikit demi sedikit. Aku pun automatik jadi kelam kabut pergi selamatkan barang-barang dalam rumah untuk diletakkan ditempat yang tinggi. Air tu memang cepat gila naik sampailah masuk ke rumah. Tapi nasib baik lah tak teruk sangat banjir tu. Paras betis je. Usha-usha jiran-jiran tengah sibuk mencedok air keluar ke rumah. Yang paling best aku tergelincir jatuh macam nangka busuk. Sakit gilaa.
Hari tu memang memenatkan sebab mengemas rumah. Adik aku kerja dia keluarkan air. Dia buatlah gaya cara orang jepun dalam kartun tu mop lantai. Memang pelik. Dalam pukul 10 semuanya selesai. Aku barulah tahu rupanya ini lah rasa bila banjir. Harap-harap tak adalah lagi banjir. Ni pun tengah cuak hari-hari sebab hujan je. Berhentilah ye. :)